1/2/25

NusPARC Talk Series: Zapin Seni Warisan Kebanggaan Johor

“Talk 1.0: Zapin Seni Warisan Kebanggaan Johor” telah disiarkan pada 23 Oktober 2021 di Facebook Live Ikatan Mahasiswa/I Johor (IKMAR) Universiti Sains Malaysia bersempena dengan Festival Kebudayaan Johor 2021. Penceramah bagi program ini adalah Profesor Dr. Mohd Anis Md Nor, Karyawan Tamu, Yayasan Warisan Johor dan Pengarah Urusan, Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC).

NusPARC mengambil inisiatif untuk memuat naik video ceramah ini dengan kebenaran daripada pihak IKMAR USM di YouTube NusPARC Talk Series untuk memenuhi permintaan dari pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan penggiat-penggiat seni tanah air yang telah meminta NusPARC menayangnya semula sebagai sumber rujukan kesenian Zapin Melayu Johor. NusPARC amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh IKMAR USM dan organisasi-organisasi yang terlibat,

Ikatan Mahasiswa/I Johor (IKMAR) USM Universiti Sains Malaysia Yayasan Warisan Johor Nusantara Performing Arts Research Center Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) Yayasan Pelajaran Johor

#IKMARUSM

#yayasanwarisanjohor

#nusparc

#ypj

#fekaj2021

#usm

*Kredit diberikan kepada CENDANA Malaysia bagi video persembahan “Zapin Johor dari Yayasan Warisan Johor,” Episod 5 Panggung Rakyat 2021.

Previous

NusPARC Talk Series: Crafting Malay Zapin from Hadhramaut to the Malay Peninsula

Next

Chura' Iban: A Dance Journey - Official Teaser