Bengkel Pelatihan Jurulatih Ronggeng Melayu Anjuran NusPARC

Bengkel Pelatihan Jurulatih Ronggeng Melayu merupakan program di bawah Projek Pemugaran Muzik dan Tari Pergaulan Ronggeng yang ditaja oleh PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Bagi Industri Kreatif - Kementerian Kewangan Malaysia) dan Initiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) bermula pada bulan Mac sehingga bulan Julai 2021.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) merupakan kumpulan pertama yang dilatih oleh NusPARC pada 16-18 Mac 2021. Pelatihan ini dijalankan selama tiga hari secara intensif (16 jam) dengan berpandukan proforma dan SOP pengisian latihan yang disediakan. Pelatihan Jurulatih Ronggeng ini melibatkan seramai 12 jurulatih tari PADAT dan 14 jurulatih muzik PADAT.

Bengkel pelatihan ini akan dijalankan kepada 27 kumpulan sasaran yang telah bersetuju mengikuti Projek Pemugaran Muzik dan Tari Pergaulan Ronggeng.

Tenaga Kerja NusPARC:

Ketua Projek/Adiguru Tari Ronggeng: Profesor Dr Mohd Anis Md Nor

Pengarah Muzik : Mohd Sahimi Chik

Tenaga Pengajar: Muhammad Zharif Azzudin Mohd Tahir, Saiful Adwa' Ahmad Rudin, Mohammad Azmi Muhajir M. Nor

Jurukamera: Muhammad Zharif Azzudin Mohd Tahir & Saiful Adwa' Ahmad Rudin

Penyunting Video: Muhammad Zharif Azzudin Mohd Tahir

Hak Cipta ©Nusantara Performing Arts Research Center

Previous

Ronggeng Melayu NusPARC - DBKL (Kitaran 3)

Next

Ronggeng Melayu NusPARC - PADAT (Kitaran 1)