Ronggeng Melayu NusPARC - Ronggeng Hari Raya oleh PADAT

Persembahan Ronggeng Melayu sempena Senandung Aidilfitri #KitaSelangor 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Megaday Media Sdn. Bhd., Gaya Travel dan Media Selangor Sdn. Bhd.

Persembahan ini merupakan rentetan daripada Projek Pemugaran Muzik dan Tari Pergaulan Ronggeng anjuran Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC) di bawah tajaan PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Bagi Industri Kreatif - Kementerian Kewangan Malaysia) dan Initiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA).

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah mengambil langkah proaktif dengan mempersembahkan Ronggeng Melayu sebagai cuplikan daripada video Senandung Aidilfitri ini. Persembahan ini telah dijayakan oleh artis budaya dan pemuzik PADAT.

Sumber video daripada: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Hak Cipta ©Nusantara Performing Arts Research Center

*Sila komen, kongsikan pendapat anda, like dan subscribe

Previous

Persembahan Ronggeng Melayu Sempena Pentas Seni Merdeka - Kitaran 1

Next

Ronggeng Melayu NusPARC - Yayasan Warisan Johor (Kitaran 1)